Khamis, 15 Oktober 2009



Satu kotak Eumora ada 4 bar - 100g.
1 Bar - 10mm (tinggi) x 30mm (lebar) x 60mm (panjang)
RM90.00/bar @ RM340/box

EUMORA

Adakah Anda Mengalami Masalah Kulit seperti :
-Jerawat
-Jeragat
-Kulit berminyak
-Kulit bersisik
-Kulit berkedut
-Wajah kusam
-Warna kulit gelap/tak sekata
-Blackhead
-Parut kesan jerawat
-Liang roma besar
-Panau
-Rambut gugur/kelemumur
-Gatal-gatal kulit dan masalah lain.

EUMORA MOOR BAR Facial and Skin Treatment
EUMORA moor bar adalah sejenis produk untuk perawatan kulit dan wajah yang sangat hebat. Rasailah kesan perbezaannya setelah menggunakannya. Hanya dalam masa 3 minit sahaja anda dapat melihat kesannya. Wajah anda akan bertambah cantik dan berseri.


LIHATLAH TESTIMONI FOTO-FOTO DI ATAS SETELAH MENGGUNAKAN PRODUK INI.
(clik pada foto bagi tujuan pembesaran berganda).

Anda dapat lihat sendiri di sini kesan perubahan kepada wajah pengguna yang telah menggunakan produk ini.

Masalah jeragat dan jerawat yang degil kini dapat di atasi dengan penggunaan produk ini.. Lihatlah kesan ketara sebagaimana foto-foto di atas, bukan sekadar pembaikan kulit wajah, malah produk ini dapat memperbaiki tisu-tisu kulit untuk merangsang pertumbuhan semula rambut.
Bekas parut jerawat, kesan eye bag, kedut-kedutan di wajah anda dapat dihilangkan dalam masa yang amat singkat. Produk ini mampu bertindak sebagai Kolegen dalam membina ketegangan dan keanjalan kulit..

Kami percaya, anda mungkin masih merasa sangsi tentang produk ini. Jangan khuatir, kami akan buktikan kepada anda.. Hanya dalam masa 3 minit sahaja anda akan dapat merasa perubahannya selepas menggunakan produk ini. Sebagai permulaan, anda berpeluang mencuba produk ini dengan percuma sahaja. Setelah mencuba, hasilnya pasti akan menakjubkan.

HUBUNGI KAMI SEGERA
Keterangan lanjut, sila hubungi  :  NANI   012-2105456
                                                    :  MAS     012-3641014

PELUANG MENJADI RAKAN NIAGA
Perniagaan ini amat sesuai bagi surirumah, penganggur, pekerja kilang, pekerja pejabat dan sesiapa saja yang berminat untuk menjana pendapatan sampingan tanpa mengeluarkan modal yang besar.
Produk EUMORA ini mudah untuk dijual kerana kesannya pada wajah akan berlaku dalam masa yang singkat iaitu selepas 3 minit menggunakannya.
Saya mencari RakanNiaga untuk meraih pendapatan lumayan.

TERDAPAT 3 PAKEJ USAHAWAN :

1. PAKEJ PERUNCIT  --->  3 KOTAK ( 12 BAR ) 
    = UNTUNG RUNCIT

2. PAKEJ PENGEDAR --->  6 KOTAK ( 24 BAR )
    = UNTUNG RUNCIT ( 24 BAR )

3. PAKEJ PEMBORONG --->  23 KOTAK + 6 KOTAK PERCUMA ( 116 BAR )
    = UNTUNG RUNCIT + UNTUNG PRESENTER + UNTUNG INTRODUSER + ROYALTI


PELUANG PERNIAGAAN!
Saya YAKIN dan PERCAYA, setelah anda mencuba produk ini, dan melihat hasilnya yang sungguh menakjubkan, pasti anda teruja untuk memberitahu, rakan-rakan dan saudara-mara anda yang lain tentang kebaikan dan kelebihan produk ini.. Oleh itu, tidak mahukah anda mengambil kesempatan ini untuk menjadi "mini trader" kami?

Saya telah memulakan perniagaan ini bersama kakak saya. Produk ini sangat mudah untuk diperkenalkan kepada sesiapa sahaja kerana  kelebihan yang ada padanya membuatkan sesiapa saja yang telah memakainya akan memperkenalkannya kepada orang lain. Oleh itu, anda tidak perlu risau dari segi pemasaran produk ini..

BAGAIMANA KAMI LAKUKAN?
Apa yang kami lakukan hanyalah dengan menggunakan produk ini (sebab ia sememangnya produk yang amat bagus). Kesan dari penggunaan produk ini, secara tidak langsung membuatkan kulit dan wajah anda menjadi lebih sihat dan berseri. Pada masa ini rakan-rakan anda akan bertanya, apakah produk yang anda pakai? Pada masa inilah anda mengambil kesempatan dengan mempromosikan produk ini sambil membuat sedikit demo kepada mereka yang ingin merasai perbezaannya.
Selepas 3 minit penggunaannya, sebaik sahaja mereka merasai perbezaannya, secara automatik akan yakin dengan kehebatan produk ini.

Selain daripada itu, produk ini adalah merupakan produk halal lagi suci yang tidak mengandungi bahan-bahan terlarang dari segi hukum agama. Kandungannya terbina dari gabungan sejenis lumpur moor ("moor" terhasil dari timbunan mendapan herba yang terkumpul semenjak zaman glasier 3000 ribu tahun yang lampau) dan dilengkapi bahan sumber alami semulajadi serta pembuatan secara teknologi nano dengan formula HmA "Hydration Micro Algae Factor".


KONGSI PENGALAMAN SAYA MENGGUNAKAN PRODUK EUMORA
 Saya sendiri telah menggunakan produk ini dan terbukti kesannya terhadap wajah saya.
Sebelum ini wajah saya agak kusam, tona yang tidak sekata dan berjeragat. Sebelum saya diperkenalkan produk ini, saya menggunakan produk yang agak popular di pasaran namun kesannya tidak begitu membrangsangkan dan kosnya agak mahal.

Setelah saya diperkenalkan dengan produk EUMORA...

Pada minggu pertama menggunakannya, wajah saya semakin licin dan bersih. Setelah hampir 2 minggu menggunakannya, kulit wajah saya semakin licin dan gebu, tona kulit semakin sekata dan jeragat hampir hilang sepenuhnya. Saya lebih yakin apabila bertemu dengan orang ramai dan rakan.
Paling penting, suami bertambah-tambah sayang....

Pada masa yang sama, saya telah menyarankan suami menggunakan produk ini bagi memastikan bahawa produk ini terbukti keberkesanannya.(Isteri mana tak nak suami mempunyai wajah yang cantik dan berseri-seri).

Sebelum menggunakannya, wajah suami agak berminyak, kusam dan liang roma pada wajah agak besar. Alhamdulillah selang beberapa minggu, wajah suami mengalami perubahan yang agak ketara.
Wajah tidak lagi berminyak, lebih licin dan liang bulu roma mengecil.

Apa yang ditunggu lagi? Jom rebut peluang ini segera sebelum orang lain mendahului anda!

Tidak mahukah anda menjadi seorang yang berwajah anggun mempersona ditambah pula
dengan poket yang penuh berisi wang ringgit?

HUBUNGI KAMI SEGERA

Keterangan lanjut, sila hubungi  :  NANI   012-2105456
                                                     :  MAS    012-3641014

Cara-cara penggunaan Sabun Eumora
1. Bersihkan tangan sebelum guna. Gosok sabun pada tapak tangan sehingga mengeluarkan buih sabun. Letakkan buih & gosok perlahan-lahan (buat bulatan) ditempat bermasalah, sehingga meresap kedalam permukaan kulit. Gosokan buih kali kedua di tapak tangan hanya perlu diletakkan sahaja di muka.

2. Biarkan lebih kurang 3 minit.

3. Bilas muka dan biarkan  kering dengan sendiri tanpa di lap (guna 2 kali sehari - pagi dan malam).

4. Bagi kawasan yang gelap (leher, ketiak, celahan peha dsb), biarkan lebih dari 3 minit.

5. Sebagai syampu – buih, digosok pada seluruh kepala dan rambut. Rambut akan lebih bersinar, lembut, hitam serta lebat (tidak perlu bersyampu menggunakan conditioner).

Tatacara Pembelian

Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk memudahkan pihak kami memberikan khidmat yang terbaik untuk setiap pesanan produk daripada anda.

Langkah pembayaran :
1) Bank-in jumlah harga (  bayaran pos percuma )

Maybank Berhad
Zunaini Binti Telimik
161266004230

Bank Islam
Zunaini Binti Telimik
12074020149728

CIMB
Zunaini Binti Telimik
14400077436524

Sila hubungi kami untuk lain-lain bank.

2) SMS tarikh dan masa bank in, nama penerima, alamat untuk penghantaran pesanan dan nombor telefon.

3) Penghantaran akan dibuat setelah transaksi pembayaran berjaya dilakukan. Produk akan sampai ke alamat anda dalam masa 1-2 hari di seluruh malaysia melalui Pos Laju.

4) Kami akan SMS delivery confirmation selepas penghantaran dibuat.

Hubungi  :   NANI   012-2105456
                    :   MAS    012-3641014
Email : ummiefarhanah@yahoo.com
            : mashaizal@yahoo.com

Isnin, 12 Oktober 2009

http://noor-nurkasih.blogspot.com

Erti Cantik Untuk Wanita

"Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... Begitulah orang yang cantik jarang berbudi.."
Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sebutir senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.
Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya.
Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.
Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya.Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia.
Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai. Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya.
Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada.
Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.
Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.
Wanita yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya. Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia.Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya.
Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka. Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota.
Apatah lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan. Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan.
Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi.
Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya? Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.